Kongsi Video Bersama Arwah, Hidayah Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Abam – “Walaupun Kita Terpisah 2 Dunia, Rasa Cinta Tetap Macam Dulu”

Kongsi Video Bersama Arwah, Hidayah Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Abam – “Walaupun Kita Terpisah 2 Dunia, Rasa Cinta Tetap Macam Dulu”

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah mencuri perhatian selepas berkongsi ucapan istimewa yang dititipkan buat arwah suaminya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memaklumkan pada tarikh 19 Januari lalu, usia arwah genap 37 tahun.

Meskipun hampir lima tahun pemergian arwah, namun Hidayah mengaku perasaan cinta terhadap suaminya itu tidak pernah hilang bahkan tetap utuh sehingga kini.

“19 Januari 2025, selamat hari lahir suaminya tersayang, genap umurmu 37 tahun.

“Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta dan sayang pada abang masih seperti dulu.

“Pengikat cinta kita adalah anak kita iaitu Syed Uthman Hamzah. Al-fatihah buat suamiku, Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mendoakan agar roh abam dicucuri rahmat.

Untuk info, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga bersama  Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Hamzah, 6.

Bagimanapun, arwah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 akibat mengalami demam panas.

Scroll to Top