Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi rutin hariannya sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Kata Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa, dia akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sebelum bersahur.

Manakala, dia akan mengejutkan suaminya dan bersahur bersama 10 minit sebelum azan Subuh berkumandang.

Bukan itu sahaja, Lofa juga akan memanfaatkan masanya dengan mengaji al-Quran selama empat jam setiap hari selain mengisi masanya dengan menyiapkan anak-anak.

“Sahur saya bangun pukul 4.30 pagi lepastu solat dulu lepas habis solat saya akan makan kurma, minum air tapi berjarak lah tapi makesure minum air tu 500ml.

“10 minit sebelum azan subuh saya akan kejut suami selepas itu kami akan siap-siap solat then saya akan baca al-Quran selama empat jam sehari,

“Selepas itu saya akan tidur sekejap dan akan bangun siapkan makanan untuk anak-anak dan sambung baca al-Quran lagi, solat zohor, sambung baca lagi sampailah pukul 4 petang macam tu akan siapkan lagi anak-anak untuk mandi,” katanya.

Meskipun sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, namun Lofa memaklumkan, Ramadan kali ini dia tidak berkesempatan untuk memasak memandangkan ibunya seringkali menghantar makanan.

“Kalau petang saya akan ke dapur. Buat air jus, goreng karipap dan memotong bahan-bahan masakan. Prepare untuk berbuka.

“Cuma kali ni, saya baru masak sekali je sebab Mama setiap hari akan hantar makanan jadi saya tak payah masak, alhamdulillah,” kongsinya.

 

Scroll to Top