Kongsi Gambar Cincin Bersama, Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini?

Kongsi Gambar Cincin Bersama, Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini?

Tiada angin, tiada ribut, pasangan sama cantik, sama padan Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi mengejutkan industri hiburan apabila berkongsi foto memakai busana beserta jari yang dihiasi dengan cincin sedondon berona perak.

Memetik laporan Harian Metro,  pasangan itu mengadakan majlis pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.

“Mereka bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping,” katanya.

Bahkan, majlis pernikahan itu dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui umum.

“Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian,” tambahnya.

Sebelum ini, kedua-duanya memuat naik hantaran sama di Instagram namun, tidak menulis sebarang kapsyen padamuat naik berkenaam.

Bagimanapun, rata-rata rakan selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman  menerusi perkongsian di ruangan Instagram Storynya turut memuat naik foto beserta kapsyen yan tertulis, ‘Semoga Allah permudahkan segala urusan kami’.

Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.

Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.

Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top