Nama selebriti kontroversi Indonesia, Lucinta Luna rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia juga pernah menjadi rakan duet usahawan Malaysia, Datuk Sri Aliff Syukri dan Nursajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk lagu Bobo di Mana yang trending di kedua-dua buah negara.
Sebelum ini, Lucinta Luna pernah terpalit beberapa isu berkaitan jantinanya dan sering diragui bahawa dia adalah seorang wanita asli berikutan banyak khabar angin mengatakan dirinya adalah seorang lelaki.
Nampaknya, selebriti berkenaan seakan ‘mendedahkan’ identiti asalnya di salah satu saluran YouTube artis Indonesia iaitu Boy William.
Sedutan daripada temubual itu telah dimuat naik ke media sosial dan menjadi perhatian netizen kerana menyangka Lucinta Luna sudah bersedia mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.
Dalam temubual tersebut, selebriti penuh kontroversi itu memaklumkan dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, namun sering dibuli ketika waktu kecil termasuklah menerima gangguan seksual.
Dia juga sempat bercerita perjalanannya sebagai seorang wanita trangender dan apa yang menjadi punca dirinya berubah.
Walau bagaimanapun, apa yang didedahkan itu hanyalah ‘prank’ kerana dia masih bermati-matian mengatakan dirinya wanita. Apa yang dilakukan sekadar satu konten sempena dengan perayaan Hollowen dengan menjadi cosplay seorang lelaki.
Dia juga memaklumkan yang suara lelaki yang keluar dari mulutnya adalah dubbing dan memanggil rakannya yang menyumbangkan suara untuk temu bual tersebut.
Namun begitu, diruangan komen rata-rata netizen lebih mempercayai bahawa Lucinta Luna adalah seorang lelaki kerana merasakan apa yang diluahkan seperti dari hatinya sendiri.
Mereka juga yakin bahawa nama asli selebriti tersebut adalah Muhammad Fattah dan dia adalah seorang lelaki yang merubah diri menjadi perempuan.
Sumber: YouTube Boy William, Instagram Lucintaluna_manjalita