Kok Hong bukan sekadar rakan di padang – Merzagua

Kok Hong bukan sekadar rakan di padang – Merzagua

PEMERGIAN bekas pemain bola sepak Pulau Pinang, Moey Kok Hong yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung awal pagi semalam, amat dirasai bekas rakan sepasukannya, Merzagua Abderrazak.

Mergazua, 57, yang juga Pengarah Teknikal Penang FA berkata, ini kerana hubungan mereka bukan setakat rakan di atas padang tetapi Kok Hong sudah dianggap seperti adik sendiri.

“Saya sedih mendengar berita kematian Kok Hong…mendiang bukan sahaja sahabat saya tetapi sudah seperti keluarga sendiri begitu juga dengan rakan sepasukan lain.

“Saya tidak dapat melupakan detik kami bergandingan ketika melawan pasukan Selangor FC di Bukit Jalil pada 1998. Saya menjaringkan gol pertama manakala mendiang (Moey) menendang masuk gol kedua yang menyaksikan kami memenangi perlawanan sekali gus menjuarai Dunhill Liga Perdana 1,” katanya.