BIARPUN menerima kekalahan 2-3 kepada West Ham, pengendali Liverpool; Jurgen Klopp menegaskan, dia tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan.
Menurut Klopp, terdapat beberapa keputusan pengadil berkenaan boleh dipersoalkan berikutan ia (keputusan) dilihat telah mempengaruhi keputusan perlawanan.
“Kenyataan saya kali ini kin akan membuatkan ramai orang beranggapan bahawa saya hanya mencari alasan.
Tidak. Kita terima kekalahan itu.
“Bagaimanapun, kita bercakap mengenai beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil.
Secara keseluruhannya, kita hanya perlukan keputusan yang normal, tetapi kali ini pengadil dilihat gagal melakukannya.
“Sebagai contoh, gol sulung West Ham.
Ia adalah kekasaran terhadap penjaga gol kami, Alisson (Becker) dan seterusnya kekasaran terhadap Jordan Henderson oleh Aaron Cresswell; dan sekali lagi sistem video pembantu pengadil (VAR), dikatakan tidak memberikan gambaran yang jelas terhadap kedua-dua insiden kekasakan berkenaan,” kataya.
Pada perlawanan berkenaan, West Ham membuka jaringan seawal minit ke-4 hasil jaringan sendiri penjaga gol The Reds, Alisson Becker yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Bagaimanapun, Trent Alexander-Arnold meyamakan kedudukan pada minit ke-41 sebelum The Hammers kembali bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Pablo Fornals pada minit ke-67, disusuli jaringan Kurt Zouma (min-74).
Pemain gantian The Reds, Divock Origi merapatkan jurang apabila menjaringkan gol pada minit ke-83; namun ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan West Ham.
Mengulas lanjut, Klopp berkata, pengadil sebenarnya perlu melayangkan kad merah terhadap yang dilakukan Cresswell terhadap Henderson.
“Pada pandangan saya, kekasaran seperti itu perlu dilayangkan kad merah. Pemain terlibat pastinya akan berkata, bahawa dia sebenarnya mengejar bola.
“Tetapi dalam situasi kali ini, Cresswell telah mengangkat kaki tinggi sehingga mengenai dagu Hendo,” katanya.