KL pilihan percutian keluarga

KL pilihan percutian keluarga

KUALA LUMPUR – Bandar raya Kuala Lumpur menjadi pilihan pertama percutian keluarga di negara, selain Pulau Pinang dan Melaka.

Manakala Langkawi menjadi pilihan keempat dan Cameron Highlands dan Genting Highlands masing-masing di tempat kelima dan ke-10.

Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson berkata, senarai itu berdasarkan carian platform percutian digital Agoda.

Tempat keenam adalah Kota Kinabalu, seterusnya Johor Bahru, Ipoh dan Port Dickson.

Sementara itu, Hatyai menjadi kota metropolitan Asia yang menjadi carian tertinggi sebagai destinasi percutian keluarga Malaysia, diikuti Bangkok Singapura, Tokyo dan Taipei.

Selain itu, Phuket, Bali, Krabi, Seoul dan Osaka.

“Proses merancang percutian yang melibatkan kumpulan yang besar dari pelbagai peringkat umur dan bajet boleh menjadi satu cabaran.

”Oleh itu, kami di Agoda berusaha untuk melancarkan proses tempahan, yang mana penempahan penginapan, penerbangan dan aktiviti boleh dilengkapkan dengan hanya satu klik,” katanya.

Robertson berkata, dalam percutian keluarga, tiada satu tempat penginapan yang dapat memenuhi keperluan semua pihak.

Sesetengah keluarga lebih menggemari Agoda Homes yang menawarkan kemudahan dapur atau ruang tamu tambahan yang dapat menampung kumpulan keluarga, manakala yang lain pula lebih menggemari hotel dengan kelab kanak-kanak, khidmat mengasuh bayi atau bilik bersambung yang mesra keluarga.

Proses tempahan Agoda yang mudah dapat memenuhi keperluan semua – membantu semua pelancong berkeluarga untuk mencari hotel atau inap desa yang ideal untuk percutian mereka, katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top