KL City ke final Piala AFC, penyokong sama2 nyanyi ‘Sinaran’ depan Sheila Majid

KL City ke final Piala AFC, penyokong sama2 nyanyi ‘Sinaran’ depan Sheila Majid

Kejayaan pasukan bolasepak KL City yang mara ke final Piala AFC malam semalam telah dirai meriah oleh penyokong-penyokong Boy City itu.

Dalam pada itu, penyokong pasukan tersebut dilihat telah berkumpul dan turut dihadiri oleh penyanyi jaz terkenal Tanah Air, Dato’ Sheila Majid yang sama-sama menyaksikan layar besar yang dipasang bagi menayangkan perlawanan bolasepak antara KL City dengan PFC Sogdiana dari Uzbekistan.

Apa yang menarik perhatian adalah kemenangan pasukan ibu kota itu telah dirai dengan menyanyikan lagu Sinaran di hadapan penyanyi asalnya.

Dapat dilihat yang Dato’ Sheila turut merakam para penyokong yang sama-sama menyanyikan lagu terbabit dengan penuh keriangan dan bersemangat setelah mengetahui pasukan KL City mara ke final.

@astronews1

The City Boys meraikan kemenangan KL City keatas PFC Sogdiana 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti. #KLCity #KLCityBoys #Sinaran #AFCCup #BojanHodak

♬ original sound – Astro News – Astro News

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Sheila majid juga, beliau dilihat begitu gembira dan tidak melepaskan peluang berkongsi momen istimewa itu di Insta Story miliknya.

Dia yang berdiri di hadapan pentas telah bergambar bersama penyokong-penyokong pasukan tersebut yang terlihat begitu seronok dengan kejayaan KL City.

Untuk makluman,  KL City akan bertemu kelab dari Oman, Al Seeb di perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini.

Piala AFC Cup pernah diraih oleh pasukan JDT ketika menjuarainya pada tahun 2015.

 

Sumber: Instagram Sheila Majid, TikTok @astronews1

Scroll to Top