KL City FC akui berdepan saingan sukar

KL City FC akui berdepan saingan sukar
KL City FC akui berdepan saingan sukar

Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi diasak dua pemain KL City FC, Declan Stephen Lee Kit Meng Lambert dan Ryan Edward Lee Kit Seng Lambert pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. Foto Bernama

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Miroslav Kuljanac mengakui skuad kendaliannya itu mengharungi detik sukar ketika berdepan Johor Darul Ta’zim dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Malah menurutnya, hampir kesemua gerakan yang diatur skuad The City Boys itu berjaya dikekang kesebelasan lawan yang jelas mendominasi sebahagian besar perlawanan.

“Saya akui ia merupakan perlawanan yang sukar untuk kami harungi malam ini (Sabtu).

“Apatah lagi, kami kehilangan khidmat dua pemain utama, Paulo (Josue) dan Haqimi (Azim Rosli).

“Bagaimanapun, pemain-pemain simpanan yang diturunkan telah beraksi dengan baik dan kita juga ada beberapa peluang cuma gagal disempurnakan,” katanya.

KL City FC tewas 0-3 hasil ledakan hatrik daripada Arif Aiman Hanapi.

Mengulas mengenai dua lagi aksi berdepan JDT iaitu bagi saingan suku akhir Piala Malaysia, Kuljanac berkata, dia perlu mencari solusi khas untuk menurunkan kesebelasan pemain kelak.

“Ya, kita akan berdepan lagi dengan JDT bagi saingan Piala Malaysia yang juga merupakan saingan yang penting untuk kami.

“Oleh itu, saya berharap kesemua pemain sedia ada dapat diturunkan,” katanya.

Scroll to Top