KKM perketat pemantauan makanan bazar dan bufet Ramadan

KKM perketat pemantauan makanan bazar dan bufet Ramadan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) akan menjalankan pemantauan ke atas makanan yang dijual sepanjang bulan Ramadan.

KKM menerusi kenyataannya berkata, ia bertujuan untuk memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan yang ditetapkan termasuk di bazar-bazar Ramadan selaras dengan Akta Makanan 1983.

Katanya, aktiviti pemantauan yang dijalankan di sepanjang rantaian makanan itu telah dimulakan sejak sebelum Ramadan meliputi pemeriksaan ke atas sumber bahan mentah, tempat penyediaan makanan serta peniaga berlesen.

ā€œPemeriksaan turut diperluas ke hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah serta penyediaan ais bagi memastikan semua pihak terlibat dalam penyediaan makanan mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan.

ā€œKKM juga akan mempergiatkan kempen kesedaran melalui pendidikan kesihatan yang lebih meluas dengan menggunakan pelbagai platform komunikasi termasuk media sosial, televisyen dan radio,ā€ kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dengan mengamalkan petua keselamatan makanan melihat, menghidu dan merasa bagi memastikan ia masih dalam keadaan baik.

Orang ramai juga disarankan untuk mengamalkan konsep ā€˜perhati dan pilihā€™ ketika membeli juadah di bazar Ramadan dengan memilih gerai yang bersih serta peniaga yang mengamalkan pengendalian makanan yang baik.

Dalam pada itu, peniaga makanan di bazar Ramadan turut diingatkan agar memastikan makanan dijual bersih dan selamat untuk dimakan serta makanan yang disediakan tidak boleh disiapkan terlalu awal bagi mengekalkan kualiti dan kesegarannya.

Daripada segi kebersihan diri, peniaga disarankan memakai pakaian pelindung seperti apron dan penutup kepala yang bersih serta tidak dibenarkan memakai barang kemas atau jam tangan kerana ia boleh menyebabkan pencemaran makanan.

KKM turut menegaskan penggunaan peralatan yang tidak sesuai untuk penyimpanan atau penyediaan makanan adalah dilarang sama sekali.Ā 

Katanya, penggunaan akuarium sebagai bekas air balang atau tong sampah hitam untuk menyimpan bahan mentah boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan dan membahayakan kesihatan pengguna.

ā€œKKM akan terus komited memastikan keselamatan makanan sepanjang Ramadan menerusi pemantauan dan penguatkuasaan berterusan,ā€ katanya.

Scroll to Top