KKM Larang Gula-Gula Gummy Mata Dijual Di Semua Platform, Rampas Produk Jika Degil! | Oh! Media

KKM Larang Gula-Gula Gummy Mata Dijual Di Semua Platform, Rampas Produk Jika Degil! | Oh! Media

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga kanak-kanak 10 tahun yang maut akibat tercekik gula-gula gummy berbentuk mata.

BACA: JKN Pulau Pinang Siasat Gerai, Rampas Gula-Gula Kenyal Punca Tercekik

Dalam kenyataan tersebut, KKM tegas menyatakan bahawa saiz serta bentuk makanan boleh menjadi risiko tercekik, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

KKM mendapati gula-gula gummy melanggar peraturan

kkm

Hasil siasatan KKM mendapati gula-gula berbentuk ‘gummy’ ini melanggar Peraturan Makanan (PPM) 1985 di bawah Akta Makanan 1983, yang mewajibkan produk jeli terkawal bersaiz kurang dari 45 milimeter untuk dilabelkan dengan amaran risiko tercekik dan tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah 3 tahun.

Penjualan produk ini ternyata telah melanggar peraturan tersebut dan KKM mengambil tindakan tegas dengan melarang penjualannya di semua platform atas talian dan pasaran domestik.

Pihak KKM juga akan merampas produk ini daripada pasaran. Dalam masa yang sama, KKM menyeru ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan untuk anak-anak.

Risiko tercekik apabila makanan tak dikunyah dengan sempurna

gula-gula

Jelas KKM, risiko tercekik lebih tinggi apabila makanan:

  • Tidak dikunyah dengan sempurna
  • Mempunyai tekstur keras, kenyal atau berbentuk bulat kecil
  • Mudah tersangkut di saluran pernafasan

Kanak-kanak yang makan makanan berisiko ini perlu berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

KKM juga berjanji untuk terus memantau keselamatan makanan bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.


Scroll to Top