KJ ucap terima kasih kepada PM Anwar, tersentuh dengan nukilan karya buat Pak Lah

KJ ucap terima kasih kepada PM Anwar, tersentuh dengan nukilan karya buat Pak Lah

Menantu kepada allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin atau KJ ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya buat bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5.

KJ ucap terima kasih

KJ ucap terima kasih atas kata-kata mulia yang dinukilkan

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh KJ menerusi ruangan komen di Instagram Anwar selepas beliau memuat naik beberapa gambar kenangan sewaktu bertugas bersama allahyarham.

“Terima kasih, sir atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya mengingati sahabat lama,” tulisnya.

KJ ucap terima kasih, akui beliau dan keluarga cukup tersentuh

Tambah KJ lagi, beliau dan keluarga cukup tersentuh dengan kemuliaan kata-kata Anwar terhadap Tun Abdullah dan sangat menghargai apa yang dilakukan Perdana Menteri serta memberi keizinan satu isitiadat pengebumian yang istimewa buat allahyarham.

Beliau juga sangat berterima kasih kerana kerajaan Malaysia membenarkan jenazah allahyarham Tun Abdullah disemadikan di makam pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain.

Hargai kebenaran PM & kerajaan izinkan istiadat pengebumian cukup istimewa

Jelas KJ, beliau menyatakan yang dirinya akan sentiasa berterima kasih untuk perkara tersebut terutamanya diatas penghormatan yang diberikan kepada allahyarham bapa mentuanya.

Artikel lain: Azmin Ali sambut salam PM Anwar- “Lama tak bertemu, tapi Allah pertemukan di bulan Syawal”

Pak Lah sosok negarawan yang membumi

Dalam hantaran yang dibuat Anwar di media sosial, beliau berulang kali menegaskan bahawa Pak lah adalah seorang sosok yang sangat bermana dan memberi kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut menyatakan negara terhutang budi dengan negarawan yang membumi berkenaan dan berharap allahyarham dapat bersemadi dengan tenang.

“Sosok Pak Lah pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada rakyat dan negara.

Berehatlah, Pak Lah. Malaysia ternyata terhutang budi atas jasa sang negarawan yang membumi,” tulisnya.

Instagram will load in the frontend.

Terdahulu, jenazah allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah selamat dikebumikan di Makam Pahlaman di Masjid Negara selepas Zohor 15 April 2025.

Allahyarham telah meninggal dunia kira-kira jam 7.10 malam pada 14 April 2025 di Institut Jantung Negara.

Sumber: Instagram anwaribrahim_my

Scroll to Top