Pelakon popular Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sebuah video pendek yang menunjukkan dirinya menari dengan gaya santai dan ‘goyang bahu’ tular di media sosial.
Menerusi sebuah video itu, Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, kelihatan santai dalam busana kasual sambil menari mengikut rentak lagu latar yang rancak berjudul Putri Iklan milik kumpulan Indonesia, ST12 yang dinyanyikan oleh salah seorang peserta Indonesian Idol.
Walaupun gerakan tarian itu ringkas, gaya spontan dan ekspresi wajahnya cukup untuk menghiburkan warganet.
Namun yang lebih mencuit hati ialah komen manja daripada rakan artis, Amira Othman, yang sempat mengusik Fattah di ruangan komen.
“Kita perhati saja dia, aneh-aneh ya di Bali.” tulisnya selepas seorang individu memetik namanya di ruangan komen.
Gurauan itu pantas mencuri perhatian peminat yang membanjiri ruangan komen dengan emoji ketawa dan hati.
@fattahamin Kaku kali yaa.. 🫰