“Kisah Dongeng Disajikan Tidak Benar” – Bekas Rakan Niaga Spill Tentang Zahnita

“Kisah Dongeng Disajikan Tidak Benar” – Bekas Rakan Niaga Spill Tentang Zahnita

Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas rakan niaga bekas model, Zahnita Wilson.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, wanita dikenali sebagai Nur Hanisa yang mendakwa dia antara individu terawal membantu Zahnita dari segi kewangan untuk dia keluar dari rumah suaminya.

BACA: “Saya Dipukul Di Kepala, Dicekik Kerana Hasutan Wanita Lain” – Zahnita

Dakwa Hanisa lagi, dia ketika itu naif dan percaya dengan cerita Zahnita, namun selepas beberapa bulan bekerjasama dia menyedari banyak perkara diputar belit.

“Untuk kes Zahnita Wilson ni saya terpaksa bersuara sebab saya orang terawal yang menyumbang financially untuk dia keluar dari rumah husbandnya. 

“Dia dah planned lama even before dia viral lagi. Yes, dulu saya pun naive percaya dengan story dia. Tapi selepas bekerjasama dengan dia selama dari bulan august 2024 sehingga Feb 2025, banyak perihal diri dia yang selalu twist sampai berputar otak saya dan rakan-rakan lain.. 

“Saya rasa benda yang saya buat serba tak kena dan mungkin tak berkat, Allah tunjuk jalan keluar ketika biznes tengah di atas. Saya tak menyesal dengan tindakan saya, stop,” katanya.

Sementara itu, dakwa wanita itu ‘kisah dongeng’ yang didedahkan sebelum ini adalah tidak benar serta turut simpati dengan anak-anak dan suami kepada pelakon itu.

“Tak pernah sekali, dia sebagai ibu mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia semasa beliau sedang SPM kerana mempertahankan ayahnya walaupun saya dah pernah remind dia “u buat la video apa2, defend anak you”. 

“Banyak lagi saya nak spill. You are ruining you daughter’s future also Zayden the youngest. I always remind you, pergi seek treatment & diagnosed for Zayden. Other daughters pun i pity sikit. But i’m sure you have done your best juga towards them,” katanya.

Dalam pada itu, Hanisa berkata dia bersedia untuk berdepan saman dan dikenakan tindakan undang-undang demi masa depan anak-anak Zahnita.

“Saya bersedia untuk disaman demi tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki istimewa. Harap awak sedar sebelum terlambat. Maaf semua, saya simpan ini terlalu lama. Kepada Encik Abd Zackery Ghouse, kalau anda baca ini, tolong cari saya,” katanya.


Scroll to Top