Kim Seri mohon maaf lagi, akui perlu lebih masa untuk selesaikan ‘refund’

Kim Seri mohon maaf lagi, akui perlu lebih masa untuk selesaikan ‘refund’

TikToker kontroversi, Kim Seri mohon maaf sekali lagi susulan kegagalan melangsaikan semula bayaran balik duit individu yang menggunakan servis pelancongannya tahun lalu walaupun 1 Februari sudah berlalu.

Menerusi muat naik Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina di Insta Story, dia memohon maaf di atas penantian sesetengah pihak tentang perkembangan terkini berkenaan bayaran semula terbabit.

Kim Seri mohon maaf lagi, perlu lebih masa untuk selesaikan bayaran

Dalam hantarannya itu, Kim Seri mengatakan dirinya perlu mengambil sedikit masa lagi untuk menyelesaikan pembayaran terbabit.

Jelasnya, dia akan berusaha dengan lebih lagi bagi membayar semua tunggakan bayaran semula yang telah dijanjikan sebelum ini.

“Sekali lagi saya meminta maaf kerana mengambil sedikit masa untuk selesaikan pembayaran balik, saya perlukan sedikit masa sahaja lagi dan akan berusaha lebih lagi untuk selesaikan semua refund,” tulisnya.

Artikel lain: Wanita dakwa belum terima ‘refund’ dari Kim Seri -“Hilang dari radar, risau!”

Kim Seri mohon maaf lagi, akan berusaha lebih lagi cari duit

Ujarnya, dia memohon maaf kepada pihak-pihak yang terbabit kerana terpaksa menunggu lagi mendapatkan duit mereka memandangkan pernah berjanji untuk menyelesaikan tuntutan tersebut dalam masa dua bulan iaitu sebelum Februari 2025.

Kim Seri mohon maaf lagi

Terdahulu, beberapa individu yang menggunakan servis pelancongan dari Kim Seri untuk ke Korea Selatan telah mendedahkan bahawa mereka belum lagi menerima bayaran balik dari TikToker berkenaan.

Dedahnya, Kim Seri dipercayai telah keluar dari kumpulan WhatsApp dan menyekat akaun media sosial mereka sehingga tidak dapat mengetahui tentang perkembangan terbaru bayaran semula yang sepatutnya dijelaskan oleh Kim Seri pada 1 Februari lalu.

Sumber: Instagram kimseri_eina

Scroll to Top