Kim Seri Hanya Mampu Mohon Maaf Sekali Lagi | Oh! Media

Kim Seri Hanya Mampu Mohon Maaf Sekali Lagi | Oh! Media

TikToker kontroversi, Kim Seri, sekali lagi tampil memohon maaf selepas gagal melunaskan bayaran balik kepada individu yang menggunakan servis pelancongannya tahun lalu.

Lebih mengecewakan, tarikh akhir 1 Februari sudahpun berlalu, namun wang masih belum dikembalikan seperti dijanjikan.

Kim Seri akui perlu lebih masa untuk selesaikanā€¦

Menerusi Insta Story, Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina, menyatakan dia memahami kekecewaan pihak terlibat dan meminta sedikit lagi masa untuk menyelesaikan bayaran semula.

Sekali lagi saya meminta maaf kerana mengambil sedikit masa untuk selesaikan pembayaran balik. Saya perlukan sedikit masa sahaja lagi dan akan berusaha lebih lagi untuk selesaikan semua refund/- Katanya.

Sebelum ini, Kim Seri pernah berjanji untuk menyelesaikan semua tuntutan dalam tempoh dua bulan iaitu sebelum Februari 2025, namun sehingga kini, masih tiada perkembangan positif.

Mangsa dedah Kim Seri keluar dari group WhatsApp!

Sebelum ini, beberapa individu yang menggunakan servis pelancongan Kim Seri ke Korea Selatan mendedahkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran balik yang dijanjikan.

Ada juga yang mendakwa, Kim Seri telah keluar daripada kumpulan WhatsApp dan menyekat akaun media sosial mangsa, menyebabkan mereka tidak dapat menghubunginya untuk mengetahui status terkini pembayaran semula.

#ApaKataOhmedia

Isu ini menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati sebelum menggunakan sebarang servis pelancongan yang tidak jelas. Sentiasa semak latar belakang penyedia perkhidmatan dan pastikan ada jaminan hitam putih untuk mengelakkan masalah seperti ini.

Jika berdepan isu bayaran balik yang tertangguh, laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Apapun, nampaknya Kim Seri ni dilihat masih mencuba untuk menyelesaikan segala hutangnya dan kita tunggu dan lihat.


Scroll to Top