Nur Shazrin dan Khairulnizam antara sandaran pasukan pelayaran Malaysia di pusingan akhir Piala Emas SSL di Gran Canaria, Sepanyol, bulan depan. – Foto arkib
PASUKAN pelayaran Star Sailors League (SSL) negara bakal mengibarkan cabaran di pusingan akhir Piala Emas SSL di Gran Canaria, Sepanyol, bulan depan.
Kumpulan pertama diketuai kapten pasukan, Megat Danial Megat Najmuddin berkata, beliau bangga apabila diberi penghormatan mewakili Malaysia untuk kejohanan ini.
“Setiap pasukan akan diwakili atlet pelayaran terbaik negara masing-masing dan digabungkan menjadi satu pasukan untuk bersaing menggunakan kapal monohull berukuran 47 kaki,” katanya.
Megat Danial dan anak buahnya berlepas ke Split, Croatia, Jumaat lalu untuk menjalani latihan selama seminggu sebelum menyingkap kempen yang bermula dari 10 November hingga 3 Disember depan.