Personaliti media sosial, Khairul Aming terkejut apabila menerima ratusan permohonan untuk menjadi isterinya setiap hari.
Khairul Aming terkejut
Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman berkata, dia amat mengagumi keberanian segelintir wanita untuk menjadikan dirinya sebagai suami.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan emel resume bertanya untuk menjadi isteri.
“Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku, Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya,”katanya.
Artikel lain: Fitnah! Khairul Aming tak jual kuali, kesal scammer manipulasi suara guna AI
Belum terbuka hati, nak fokus bisnes
Bagaimanapun, usahawan yang terkenal dengan Sambal Nyet Berapi itu memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Katanya lagi, dia mahu memberi fokus dalam menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan.
“Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,”katanya lagi.
Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan itu memanjatkan kesyukuran apabila keluarganya juga tidak mendesak untuk dia segera menamatkan zaman bujang.
“Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten.
“Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,”ujar Khairul Aming.
Takpalah, Khairul Aming. Bila dah sampai seru dan bersedia nanti, kahwinlah. Untung sungguh siapa dapat jadi isteri Khairul Aming.
Sumber: Kosmo! Online (Fadila Awaludin)