Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming terhibur melihat kerenah orang ramai berkongsi video hasil masakan mereka sepanjang bulan Ramadan ini.
Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman berkata, dia akui gembira melihat kesungguhan orang ramai cuba masuk ke dapur dan memasak menggunakan resepi dikongsikan di media sosial.
Bagaimanapun, tahun ini merupakan paling menghiburkan buat dirinya sepanjang lapan tahun membuat video masakan untuk tatapan warganet.
“Sebenarnya ramai buat menjadi kerana ribuan orang telah mencuba resipi yang dikongsikan cuma yang tidak jadi (video mereka yang gagal) itulah yang masuk dalam for you page (fyp) sebab banyak engagement.
“Kalau video yang menjadi pula orang tidak komen. Bila fyp banyak lalu video yang tidak menjadi, netizen akan membuat andaian resipi yang dikongsikan tidak menjadi,”katanya.
Artikel lain: Bukan lagi 30! Khairul Aming sedia 60 resepi sepanjang Ramadan nanti
Khairul Aming terhibur, nasihat jangan derhaka resepi
Tambah KA, dia juga berharap agar orang ramai menyukai resipi Ramadan yang dikongsikan pada kali ini selain bangga dengan golongan muda yang mahu menambah kemahiran dalam memasak.
Berkongsi bagaimana resipi itu tidak menjadi, Khairul yakin ada yang tidak mengikut langkah sepatutnya, malah ada yang ubah suai resipi ikut kehendak hati.
“Saya nak pesan tolong ikut dengan teliti resipi saya sebab penat R&D cuma ada yang derhaka resipi. Tolong, saya merayu jangan derhaka,”pesannya.
Dalam video berkenaan, Khairul Aming juga berkongsi beberapa video masakan yang tidak menjadi dan menjadi bualan ramai di media sosial.
Sebelum ini, pempengaruh asal Kelantan ini memaklumkan dia menyediakan 60 resepi sepanjang Ramadan pada tahun ini iaitu dua kali lebih banyak berbanding sebelum ini.’
Sumber: IG Khairul Aming