Pempengaruh terkenal, Khairul Aming sudah sampai Kelantan bagi memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir yang ada di sana.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Khairul Aming di media sosial, dia memaklumkan yang dirinya baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur menaiki pesawat dan akan segera memberikan bantuan bermula hari ini (29 November 2024).
Khairul Aming sudah sampai Kelantan, akan edar makanan kepada mangsa2 banjir
Jelas pempengaruh dan juga usahawan terbabit, dia akan mengedarkan makanan terlebih dahulu dan akan cuba menghantar barangan asas menggunakan lori pada keesokan hari.
“Petang ni urgent nak kena hantar makanan dahulu, esok kita akan cuba hantar barangan keperluan asas menggunakan lori,” tulisnya.
Khairul Aming sudah sampai Kelantan, airport sudah dikelilingi air
Khairul Aming sudah sampai Kelantan turut berkongsi gambar keadaan terkini sekitar lapangan terbang dari udara yang sudah dikelilingi air bah.
Khairul Aming berharap agar semua mangsa banjir di kawasan-kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat memandangkan banjir kali ini dikatakan lebih buruk berbanding 2014.
Artikel lain: Baru sebulan beli perabot rumah, wanita akur diuji kediaman ditenggelami banjir
Beri pesanan buat orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko
Sebelum ini, pemilik nama sebenar, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 32 telah memuat naik video awareness berkenaan banjir yang semakin teruk di Pantai Timur.
Dia meminta agar orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil peduli kanak-kanak, orang tua serta mereka yang kurang sihat untuk diberi bantuan dengan segera.
Sama2 kongsikan info semasa
Dalam pada itu, Khairul Aming turut memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai maklumat banjir di lokasi mereka untuk berkongsi dengannya dan dia akan memuat naik ke media sosial sebagai salah satu usaha menyebarkan info berkaitan bencana terbabit.
Difahamkan, hujan berterusan sejak beberapa hari telah menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
Sumber: Instagram khairulaming