Khairul Aming Kongsi Menu Air Manis, Dr Rafidah Respon ‘Saya Berbuka Air Kosong’

Khairul Aming Kongsi Menu Air Manis, Dr Rafidah Respon ‘Saya Berbuka Air Kosong’

Saban tahun perkongsian resepi oleh usahawan dan pempengaruh Khairul Aming setiap kali bulan Ramadan sememangnya dinanti ramai.

Pada hari pertama Ramadan, Khairul Aming berkongsikan resepi empat menu air berbuka iaitu vanila sarsi, teh bunga zapple, vitagen longan dan kopi santan vietnam.

BACA: Pentingkan Keberkatan, Khairul Aming Tolak Review Makanan Tak Sedap

Perkongsian video Khairul Aming itu turut mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah yang mengatakan dia hanya berbuka dengan mengambil air kosong untuk menghilangkan dahaga.

“Saya berbuka air kosong, alhamdulilah hilang juga hausnya. Tiada risiko kencing manis,” tulisnya.

Bukan itu saja, Dr Rafidah turut memberi respon terhadap pencipta kandungan popular, Che Sayang Kitchen yang meminta untuk berhati-hati dengan kandungan gula yang tinggi berisiko untuk mendapat kencing manis dan obesiti.

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan respon diberikan oleh Dr Rafidah itu serta memberi cadangan untuk menggunakan ayat lebih baik dalam memberikan teguran berkenaan kesihatan.


Scroll to Top