Khairul Aming bergabung dengan Pinn Yang, bantu jual produk tempatan

Khairul Aming bergabung dengan Pinn Yang, bantu jual produk tempatan

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bergabung dengan CEO Good Foodie Media, Pinn Yang untuk menjual produk tempatan telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikToknya, dia berkata buat pertama kalinya bekerjasama dengan Pinn Yang untuk menjayakan kempen tersebut dimana 10 produk tempatan telah dipilih.

Khairul Aming bergabung

Khairul Aming bergabung

“Buat pertama kalinya saya dan Pinn Yang bergabung untuk kita bersama-sama tolong jualkan produk lokal tempatan yang dihasilkan oleh anak-anak Malaysia.
“Kita dah pilih 10 produk lokal terutamanya daripada peniaga-peniaga kecil dan kita nak bantu jualkan untuk mereka,” ujarnya.

Artikel lain: Khairul Aming pesan tak perlu berhutang demi kemewahan – “Baru boleh tidur dengan tenang”

Tambah usahawan kelahiran Kelantan itu lagi, orang ramai boleh menikmati penghantaran secara percuma dan baucar sehingga 20 peratus apabila membeli produk tempatan tersebut.

Apa yang lebih menarik, pemenang bertuah berpeluang untuk berjumpa dengan Khairul Aming dan Pinn Yang dan individu tersebut boleh bertanya apa-apa soalan berkaitan kerjaya atau perniagaan.

Khairul Aming bergabung

“Jadi apa yang bestnya bersempena dengan TikTok shop join local campaign ni akaun TikTok saya dan Pinn Yang akan bergabung dengan jumlah keseluruhan lebih 10 juta pengikut.
“Viewers nanti akan boleh menikmati penghantaran secara percuma untuk semua produk dan baucar sehingga 20% off. Apa yang lagi best kita akan pilih beberapa pemenang untuk menang sesi Meet and Greet atau pun lunch bersama saya dan Pinn Yang.
“Nanti korang boleh borak dan tanya apa sahaja pasal kerjaya, perniagaan dan apa-apa tips lah boleh tanya kami secara langsung nanti.
“Jangan lupa join dan support lokal pada hari Isnin (hari ini), 9 September jam 9.00 malam,” katanya lagi.

Netizen puji tindakan Khairul Aming, Pinn Yang!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kedua-dua usahawan tersebut yang bermurah hati membantu membangunkan produk tempatan dengan menggunakan populariti mereka di media sosial.

Terima kasih idola!

Ramai yang menjangkakan kolaborasi antara dua usahawan tersebut akan memberi impak positif malah berjaya membuka mata pelbagai pihak mengenai kepentingan pempengaruh yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam pada itu, menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat Khairul Aming dan Pinn Yang atas usaha mereka untuk menaikkan jenama produk tempatan kepada khalayak umum.

Sumber: TikTok @Khairul Aming