Khai Bahar dituduh mainkan hati wanita, ‘menghilang’ lepas janji macam2?

Khai Bahar dituduh mainkan hati wanita, ‘menghilang’ lepas janji macam2?

Nama penyanyi, Khai Bahar dilihat masih ‘suci’ dari sebarang kontroversi negatif sehingga boleh membuatkan dirinya dikecam netizen di media sosial.

Namun, pendedahan seorang pengguna Twitter berkenaan tindakan Khai yang dikatakan mempermainkan perasaan seorang wanita dilihat sebagai satu perkara kurang wajar.

Perkongsian yang dibuat pengguna Twitter itu susulan muat naik terbaru penyanyi berkenaan yang menulis kapsyen tentang ‘punca’ dirinya masih lagi belum berumah tangga sehingga kini.

Tambah pengguna Twitter itu lagi, dia hanya ingin memberi pesanan kepada pemilik nama sebenar, Muhammad Khairul Bin Baharuddin, 29 itu supaya meminta maaf kepada wanita tersebut kerana tindakannya yang mendiamkan diri setelah meninggalkan pelbagai janji merupakan satu perkara yang tidak berhati perut.

Perkongsian terbabit telah menjadi perhatian netizen di media sosial apabila kurang dari satu jam selepas ciapan tersebut dibuat, sudah lebih satu ribu yang membuat perkongsian semula dan ingin mengetahui perkara sebenar dengan lebih lanjut.

Mereka juga mengatakan yang gosip sebegini seperti baru pertama kali terjadi kepada penyanyi lelaki berkenaan kerana dia dilihat sebagai antara artis yang ‘bersih’ dari sebarang kontroversi murahan.

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter itu tidak meneruskan ciapannya dan luahan tersebut dibuat mungkin kerana berasa geram apabila rakan baiknya dikatakan dipermainkan oleh penyanyi lelaki itu.

Apa-apa pun, semoga masalah dapat diselesaikan dengan baik dan boleh jadi tuduhan terbabit tidak begitu tepat.

Sumber: Twitter

Scroll to Top