Ketidakseimbangan pelumba resahkan Red Bull

Ketidakseimbangan pelumba resahkan Red Bull

London: Bos Red Bull Racing, Christian Horner, berkata pasukan Formula Satu (F1) mereka “sangat memerlukan jawapan” terhadap ketidakseimbangan pelumba yang mereka ada sekarang.

Juara dunia tiga kali Max Verstappen sekali lagi mendahului kedudukan dengan baki enam perlumbaan, tetapi rakan sepasukan Sergio Perez berada di tempat kelapan.

Sebagai perbandingan, dua pemandu terbaik di McLaren Mercedes, Lando Norris dan Oscar Piastri masing-masing menduduki tempat kedua dan keempat.

Manakala Charles Leclerc dari Ferrari dan Carlos Sainz Jr masing-masing berada di tempat ketiga dan kelima.

Juara tujuh kali F1, Lewis Hamilton dijangka menjadikan Ferrari lebih hebat apabila dia menyertai pasukan itu pada 2025.

McLaren kini mendahului kedudukan pengeluar F1 dengan 41 mata mengatasi Red Bull.

“Kami sangat memerlukan jawapan,”

“Apabila anda melihat lawan kami, Ferrari akan menjadi kuat tahun depan dengan Hamilton dan Leclerc. Tambahan pula McLaren dengan Norris dan Piastri juga pelumba yang kuat,” kata Horner.

Verstappen meraih tujuh kemenangan dan 331 mata musim ini berbanding Perez yang tidak merangkul sebarang kemenangan dan hanya mengumpul 144 mata.

“Kami perlu memastikan bahawa dengan kedua-dua pemandu kami, tidak ada jurang yang besar di antara mereka kerana anda tidak mampu untuk memilikinya,” kata Horner.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top