Ketetapan mengenai GISBH bergantung kepada kajian, fatwa – Exco agama Islam Johor

Ketetapan mengenai GISBH bergantung kepada kajian, fatwa – Exco agama Islam Johor

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Kerajaan Johor hanya akan memutuskan fatwa mengenai kepercayaan atau ajaran yang diamalkan ahli GISB Holdings (GISBH) di negeri ini, selepas kajian mengenainya dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH) yang diputuskan sesat di Perlis, kita di Johor ambil maklum fatwa itu.

“Di Johor, ada kaedah dan tata caranya. Jawatankuasa Fatwa Negeri akan membuat kajian dan ketetapan sebelum nanti diperkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top