Ketahui Perbezaan Demam Biasa dengan Demam Influenza! – Hijabista

Ketahui Perbezaan Demam Biasa dengan Demam Influenza! – Hijabista

Baru-baru ini kita dapati ramai yang demam, batuk, selesema dan sakit tekak. Pastinya kita akan memikirkan ianya adalah jangkitan Covid-19. Akan tetapi, terdapat demam influenza yang semakin meningkat kesnya! Jom ketahui cara untuk membezakan jenis demam influenza dan demam biasa.

Demam biasa pastinya mempunyai simptom tersendiri iaitu demam, pening kepala, selesema, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit badan. Diingatkan influenza juga mempunyai simptom yang sama. Kedua-dua demam biasa dan demam influenza mempunyai simptom yang sama iaitu berpunca dari virus.

Selalunya perbezaan yang ketara untuk mengetahu demam biasa atau demam influenza adalah jenis virus adalah berlainan. Demam biasa atau demam selesema biasa adalah berpunca dari virusĀ rhinovirusĀ yang mempunyai 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Dikatakan, mempunyai lebih 160 subjenis yang boleh menjejaskan tubuh badan manusia. Ini bermaksud, anda boleh mendapat jangkitan banyak kali.

Bagi demam influenza pula, berasal dari virus influenza sendiri. Virus influenza ini terdiri daripada jenis A,B,C dan D. Virus A pada influenza ini merupakan agen utama jadi ianya paling kerap ditemui. Ia adalah virus H1N1 dan H3N1.

Cara membezakan jenis demam

Menurut laman sesawang Hellodoktor, untuk anda membezakan demam biasa dan demam influenza ini agak sukar kerana simptomnya lebih kurang. Hanya keputusan ujian makmal yang khusus dapat membantu untuk membezakannya.

Artikel Berkaitan: Musim Hujan Punca Badan Mudah Demam, Legakannya Dengan 5 Jenis Makanan Yang Mudah Ini!

Secara dasarnya, demam influenza selalunya lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba berbanding demam biasa. Demam biasa dianggap ringan dan datang secara beransur dan tidak mengejut. Dibawah ini adalah perbezaan ketara yang anda boleh perhatikan sekiranya terjadi kepada anda:

sumber hellodoktor

Akhir kata, penyakit apa pun anda perlu berhati-hati terutama sekali apabila penyakit tersebut jenis mudah dijangkiti. Teruskan untuk mengamal gaya hidup sihat. Berjumpa dengan doktor sekiranya anda ingin mengetahui tentang sakit yang sedang anda alami. Jangan lupa untuk makan ubat walaupun ada yang tidak suka!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Scroll to Top