Perkongsian isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengejutkan ramai apabila memuat naik video suaminya melafazkan cerai melalui panggilan telefon di pejabat agama di Thailand hari ini.
Memetik Oh Bulan, Fara bagaimanapun mengakui sedih dengan nasib anak yang bakal dilahirkan kelak serta mendakwa Shuk tidak pernah mengaku anak tersebut darah dagingnya.
BACA: Shuk Sahar Cerai Isteri Talak Satu Melalui Panggilan Telefon Di Siam
“Kesian dekat anak lah sebab bapa buang dia sebelum lahir lagi. Tapi alhamdulillah walaupun diuji kandungan saya sihat. Nanti bila dah besar dia akan faham yang bapa dia tak mengaku sebagai anak,” katanya.
Sementara itu, Fara berkata meskipun lafaz cerai sudah dilakukan di Thailand namun dia akan meneruskan urusan penceraian mengikut undang-undang Malaysia serta akan menuntut nafkah anak mereka.
“Saya akan selesaikan pengesahan pendaftaran nikah kami 15 April ini. Saya juga akan tetap menuntut nafkah untuk anak saya dari awal, tak ada yang kurang sikit pun,” katanya.
Dalam pada itu, Fara turut mendakwa Shuk juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, malah barangan anak mereka yang bakal lahir Julai depan tidak dibeli.
“Pakaian tidak dibelikan, skincare pun tak ada beli. Dia tak ada beri apa-apa pun, raya tak ada, barang anak langsung tidak dibelikan.
“Kebanyakan saya pakai duit sendiri. Saya buat job review. Dia cuma tanggung makan dan minum sahaja. Kalau dia faham soal agama, dia tak akan buat macam ini,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan