Kesedihan, kemarahan selubungi hari memperingati gempa di Antakya

Kesedihan, kemarahan selubungi hari memperingati gempa di Antakya

Antakya, Turki: Beribu-ribu mangsa yang terselamat mengadakan perhimpunan sebelum subuh pada Khamis di seluruh selatan Turki, sebagai tanda kesedihan dan kemarahan mereka mengenang kejadian gempa bumi yang memusnahkan wilayah itu dua tahun lalu.

Gempa bermagnitud 7.8 itu berlaku pada 4.17 pagi ketika penduduk masih lena tidur, tragedi yang meragut lebih 53,000 nyawa di Turki dan sekitar 6,000 di Syria.

Ia memusnahkan hampir 40,000 bangunan dan merosakkan lebih 200,000 yang lain di Turki, menyebabkan ramai terperangkap di bawah runtuhan.

“Walaupun sudah dua tahun berlalu, kami masih merasa sakit. Rasanya masih seperti hari pertama kejadian. Itu tidak berubah,” kata mangsa terselamat Emine Albayrak, 25, kepada AFP di Antakya, bekas kota purba Antioch yang kehilangan 90 peratus bangunannya akibat bencana itu.

Lebih 20,000 orang maut di Antakya dan wilayah sekitarnya.

“Adakah sesiapa mendengar saya?” laungan itu bergema dari orang ramai, mengimbau jeritan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan dalam suhu beku selama berjam-jam sehingga berhari-hari sebelum bantuan tiba.

Menyeberangi sebuah jambatan, ramai yang melemparkan bunga anyelir merah ke Sungai Orontes sebagai penghormatan kepada mangsa.

Namun, di sebalik kesedihan, kemarahan turut membara, dengan peserta membawa sepanduk besar bertulis: “Kami tidak akan lupa, kami tidak akan memaafkan. Kami akan menuntut pertanggungjawaban!”

Runtuhnya begitu banyak bangunan di salah satu kawasan paling terdedah kepada gempa bumi di dunia dipersalahkan ke atas pemaju tamak dan birokrat korup yang meluluskan projek tidak selamat di tanah yang tidak sesuai.

“Ini bukan gempa bumi, ini pembunuhan beramai-ramai!” laung mereka, suara mereka bergema dalam kegelapan malam.

Pasukan keselamatan mendirikan sawar dan menghalang peserta daripada memasuki kawasan tertentu, mencetuskan pergelutan dengan polis.

Pegawai pihak berkuasa menahan tiga individu, mencetuskan seruan orang ramai supaya kerajaan meletak jawatan mereka, lapor akhbar tempatan Antakya.

Kemudian pada pagi itu, penganut Kristian berkumpul di bawah sebuah gazebo berhampiran runtuhan gereja Greek Orthodox abad ke-14 di Antakya, melantunkan doa berkabung untuk mereka yang terkorban, seperti yang disiarkan dalam siaran langsung.

Bencana ini menyebabkan hampir dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan mencetuskan perlumbaan besar-besaran untuk membina semula kediaman di 11 wilayah yang terjejas.

“Saya rasa seperti orang asing di bandar sendiri sekarang,” kata Humeysa Bagriyanik, 18, yang berasakan projek pembinaan semula mengubah Antakya sepenuhnya.

“Bandar kami rata dengan tanah dan sekarang saya tidak kenal apa-apa lagi.”

Dua tahun berlalu, sekitar 670,000 mangsa masih tinggal di kontena.

Bercakap dalam upacara peringatan di Adiyaman, tempat lebih 8,000 orang maut, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, kerajaan bekerja tanpa henti untuk membina semula apa yang sudah musnah.

“Kami akan membina sejumlah 453,000 kediaman menjelang tahun baharu,” katanya.

“Kami tidak akan membiarkan seorang pun rakyat tanpa rumah atau tempat kerja.”

Setakat ini, mangsa menerima kunci untuk 201,580 rumah dan premis perniagaan di zon gempa, dengan kerajaan berjanji untuk menggandakan jumlah itu menjelang akhir tahun ini.

Ketika bencana berlaku, kerajaan dikritik kerana bertindak lambat dalam memberikan bantuan, dengan Erdogan menyalahkan ribut salji musim sejuk yang melumpuhkan jalan utama dan tiga lapangan terbang penting.

Dua tahun kemudian, seramai 189 orang dipenjara berkaitan bencana itu, kebanyakannya atas kecuaian, menurut data Kementerian Kehakiman.

Sebanyak 1,342 perbicaraan membabitkan 1,850 defendan masih berlangsung.

Sejak 26 Januari, lebih 6,000 gegaran melanda Laut Aegean berhampiran pulau Santorini, Greece, dengan yang terkuat bermagnitud 5.2.

Gelombang seismik luar biasa ini mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan gempa besar melanda barat daya Turki, terutamanya Istanbul, yang hanya terletak 15 kilometer dari Sesar Anatolia Utara.

Pada 1999, pergerakan sesar ini menyebabkan gempa bermagnitud 7.4, membunuh 17,000 orang, termasuk 1,000 di Istanbul.

“Istanbul tidak mampu menahan satu lagi gempa bumi sebesar itu,” kata Menteri Perancangan Bandar Murat Kurum pada Selasa, memberi amaran bahawa 600,000 rumah di bandar itu berisiko runtuh.

Antakya, Turkey, Feb 6, 2025 (AFP) –

Thousands of survivors held torchlit vigils before dawn on Thursday across southern Turkey, voicing pain and anger as they marked the moment a devastating earthquake struck two years ago.

The 7.8-magnitude quake struck at 4:17 am when people were sleeping, killing over 53,000 people in Turkey and some 6,000 in Syria.

It destroyed almost 40,000 buildings and severely damaged about 200,000 others in Turkey, leaving huge numbers trapped under the rubble.

“Although two years have passed, we are still hurting. It still feels like it did on that first day. That hasn’t changed,” survivor Emine Albayrak, 25, told AFP in Antakya, site of the ancient city of Antioch, which lost 90 percent of its buildings.

More than 20,000 people died in Antakya and the surrounding province.

“Can anybody hear me?” the crowd chanted, echoing the calls of those who were trapped under the wreckage in freezing temperatures for hours or days before help came.

Crossing a bridge, many threw red carnations into the Orontes River to remember the victims.

But alongside the grief, there was also anger, with mourners carrying a huge banner reading: “We will not forget, we will not forgive. We will hold them accountable!”

The collapse of so many structures in one of the world’s most earthquake-prone areas has been blamed on unscrupulous developers and corrupt bureaucrats who rubber-stamped unsafe projects on unsuitable land.

“This was not an earthquake, this was a massacre!” they chanted, their voices echoing eerily through the night.

Security forces set up barricades and prevented marchers from reaching a certain area, prompting scuffles with police.

Officers detained three people, drawing calls from the crowd for the government’s resignation, Antakya’s local newspaper reported.

Later in the morning, Christians gathered under a gazebo outside the ruins of Antakya’s 14th-century Greek Orthodox church, a mournful chant for the dead cutting through the air, live footage showed.

The catastrophe left nearly two million people homeless and kickstarted a massive race to rebuild across the 11 affected provinces.

“I feel like a stranger in my hometown now,” said 18-year-old Humeysa Bagriyanik, who said the massive drive to rebuild had totally changed Antakya.

“Our city was razed to the ground and now I don’t recognise anything.”

Two years on, some 670,000 survivors are still living in containers.

Speaking at a remembrance ceremony in Adiyaman where 8,000 people died, President Recep Tayyip Erdogan said the state was working around the clock to rebuild what was lost.

“We will have built a total of 453,000 residences by the new year,” he said.

“We will not leave a single citizen without a home or workplace.”

So far, survivors have been given the keys to 201,580 homes and businesses in the quake zone, with the government pledging to more than double that by the year’s end.

At the time, the government was criticised for its initial slow response to the disaster, with Erdogan blaming a winter storm that covered major roads in ice and snow and left three key airports inoperable.

Two years on, 189 people have been jailed over the disaster, many for negligence, justice ministry figures show.

Another 1,342 trials involving 1,850 defendants are ongoing.

Since January 26, more than 6,000 tremors have shaken the Aegean Sea near the Greek island of Santorini, the strongest of which measured 5.2 magnitude.

The unprecedented seismic wave has revived fears of a major tremor affecting southwestern Turkey, notably Istanbul which lies just 15 kilometres (nine miles) from the North Anatolian Fault.

In 1999, a rupture on this fault caused a 7.4-magnitude earthquake, killing 17,000 people, including 1,000 in Istanbul.

“Istanbul does not have the strength to withstand another earthquake” of such magnitude, urban planning minister Murat Kurum said Tuesday, warning the megacity had “600,000 homes that could collapse.”

bur-hmw/yad

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top