Kes Tekap Seterika Di UPNM: Menteri Pertahanan Janji Siasatan Telus, Tidak Lindungi Sesiapa | Oh! Media

Kes Tekap Seterika Di UPNM: Menteri Pertahanan Janji Siasatan Telus, Tidak Lindungi Sesiapa | Oh! Media

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa siasatan terhadap kes buli yang melibatkan pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dijalankan secara telus dan tidak akan melindungi mana-mana pihak.

BACA: Pegawai Kadet UPNM Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Cederakan Junior Guna Seterika Panas!

Mindef tidak akan berkompromi!

Kredit foto: Facebook Khaled Nordin

Beliau menegaskan bahawa kementerian berpendirian teguh dan tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa pun, terutamanya dalam isu disiplin dan kes buli.

Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis dan Akademi Latihan Ketenteraan. Jadi kita kena tunggu siasatan dan apa isu yang sebagainya, sebab dia (pelaku) adalah seorang kadet, jadi apa-apa hukuman kita akan beritahu kemudian.

Semua pihak perlu faham kejadian ini bukannya ragging dan bukannya (sesi) orientasi, mereka adalah pelajar tahun dua dan empat, ia adalah insiden tersendiri.

Kejadian itu terjadi bukannya secara berkumpulan, maknanya mungkin dia bergaduh kerana isu peribadi dan kita tidak tahu punca.-katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menyatakan bahawa seramai 16 individu, termasuk mangsa, suspek, pelajar dan kakitangan UPNM telah dirakam percakapan.

BACA: Pegawai Kadet Di UPNM Cedera Selepas Dibuli Oleh Senior?

Kredit foto: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Pada 22 Oktober lalu, sekitar jam 11.45 malam, mangsa mendakwa didatangi oleh seorang pelajar senior yang juga suspek dan diminta untuk menggosok bajunya.

Pelajar senior berusia 22 tahun itu didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang oleh pengadu, lalu menekapnya ke bahagian dada sebelah kanan.

Akibat daripada insiden tersebut, mangsa mengalami kecederaan melecur. Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

#OhmediaNasihat

Budaya buli mesti dibanteras sehabisnya, perkara ini sangat penting bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera di institusi pendidikan.


Scroll to Top