Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Kes khalwat membabikan pelakon sensasi, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies akan bersambung pada prosiding seterusnya pada tarikh 20 dan 27 Februari depan.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang diusulkan itu.

Selepas usai prosiding, Alif dan Ruhainies bergegas meninggalkan pekarangan mahakamah, dan tidak mahu ditemu bual oleh kira-kira 30 pengamal media yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan meminta kes khalwat mereka dibicarakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Bersalah Kes Khalwat, Ruhainies & Aliff Aziz Mohon Dibicarakan

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Scroll to Top