KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membenarkan kes seorang wanita yang didakwa melakukan cubaan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada 9 Oktober tahun lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli, membenarkan permohonan itu yang dilakukan Timbalan Pendakwah Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim.
Majistret Dr. Teoh Shu Yee mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri untuk memindahkan kes yang dihadapi Norizan Ismail, 50, ke Mahkamah Tinggi.
Permohonan itu dikemukakan bagi membolehkan kes berkenaan dibicarakan bersama tiga lagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh.
Pada 15 Oktober lalu, Norizan didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang berusia 20 tahun ketika kejadian.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun pada pukul 7.35 malam pada 9 Oktober tahun lalu.Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan.
Sebelum itu tertuduh telah didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh dengan menyediakan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.
Bagaimanapun pada 20 Februari lalu Mahkamah Majistret Dungun memerintahkan pendakwaan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN