Kes Covid meningkat, Melbourne laksana perintah sekatan 7 hari

Kes Covid meningkat, Melbourne laksana perintah sekatan 7 hari

Orang ramai cuba mengelak ke pusat komersial ketika Melbourne melaksanakan perintah sekatan Ogos lalu. (Gambar AP)

MELBOURNE: Melbourne bandar kedua terbesar di Australia mengarahkan perintah sekatan singkat selama seminggu bermula hari ini, selepas mengesan penularan baharu Covid-19 membabitkan varian India.

Penduduk di Melbourne dan sekitar Victoria diarah duduk di rumah bermula tengah malam ini selama tujuh hari, kata Timbalan Perdana Menteri, James Merlino kepada penduduk, ketika kluster di bandar itu meningkat menjadi 26 kes.

“Pada hari terakhir, kami memperoleh lebih banyak bukti bahawa kami sedang berdepan dengan strain virus yang sangat pantas merebak, varian yang menular lebih pantas dari yang pernah kami rekodkan,” kata Merlino.

Varian yang dikesan itu dikenali sebagai B1617 atau turut dikenali sebagai varian India.

“Pemutus litar” direka untuk membolehkan pengesanan kontak rapat kes dengan lebih pantas, di mana penduduk hanya dibenar keluar rumah atas alasan yang penting termasuk mendapatkan vaksin.

Merlino berkata program vaksinasi kerajaan persekutuan yang agak perlahan menjadi antra punca mengapa sekatan terbaharu itu dilaksanakan kerana tidak mencapai sasaran yang sepatutnya.

Ini adalah kali keempat kota kedua terbesar di Australia itu melaksanakan perintah sekatan sejak wabak menular, termasuk hampir empat bulan sekatan ketat tahun lalu.

Setakat ini sudah 17 kali virus tersebut menembusi bandar itu sejak enam bulan lalu, menurut pembangkan, parti buruh yang mengecam keengganan kerajaan untuk merombak sistem itu.

“Sekiranya kami mempunyai alternatif selain kuarantin di hotel untuk varian berbahaya ini, sudah tentu kami tidak akan berada di sini hari ini,” kata Merlino.

Turut tertekan kerana gagal memenuhi sasaran pemberian vaksin awal dengan sekitar 3.7 juta dos vaksin yang diberikan setakat ini kepada sejumlah 25 juta penduduk, kerajaan berjanji tambahan akan dikirim ke Victoria dalam masa beberapa minggu lagi.

Penyiar awam ABC melaporkan vaksin belum dihantar ke hampir 30 rumah jagaan warga tua di negeri ini, walaupun beratus-ratus mati ketika wabak itu melanda kemudahan tersebut tahun lalu.

Australia telah mencatatkan kira-kira 30,000 kes dan kurang daripada 1,000 kematian akibat Covid-19 dengan sebahagian besarnya di Victoria pada gelombang kedua tahun lalu.

Scroll to Top