Mahkamah Sesyen hari ini akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dan dua sebatan kepada pendakwah selebriti, PU Azman selepas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.
Menurut Hakim Datuk Surita Budin, PU Azman atau nama penuhnya, Azman Syah Alias, 43, turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.
ARTIKEL BERKAITAN:PU Azman Akhirnya Mengaku Bersalah Sentuh K*mal*an Pelajar, Hukuman Penjara Ditambah
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Lakukan Amang S*ksual, Permohonan PU Azman Ditolak… Mengaku Sudah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara
ARTIKEL BERKAITAN:Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan
Memetik laporan Berita Harian, hukuman itu dibacakan sebaik sahaja Azman mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.
Manakala, peguam yang mewakili Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad berkata, tertuduh yang juga seorang duda memohon ampun dan maaf atas kesalahan yang dilakukan serta mengaku sudah insaf selain tiada kesalahan lain dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan di mahkamah sebelum ini.
“Tertuduh mohon hukuman pemenjaraan yang paling minimum dari tarikh beliau dijamin iaitu 9 Oktober lalu.
“Beliau telah dipenjara dari 27 September lalu dan sehingga kini masih menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan di Mahkamah Klang,” katanya kepada pemberita.
Hukuman berbentuk pengajaran
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi menjelaskan, pengakuan salah tertuduh bukanlah satu faktor peringanan sebaliknya, memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran.
“Tertuduh adalah pendakwah selebriti yang mana perbuatan itu tidak harus dilakukan oleh tokoh pendakwah seperti beliau terhadap kanak-kanak.
“Pendakwaan memandang kesalahan ini bukanlah satu perkara mudah yang harus diambil ringan dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh,” jelasnya.
Terdahulu, pada 27 September lalu, PU Azman dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, Selangor selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.
Azman juga dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.
Sumber: Berita Harian