Kerja baik2, jangan buat perkara yang masyarakat kita tak suka – Pesan Amir buat Mamat Sepah

Kerja baik2, jangan buat perkara yang masyarakat kita tak suka – Pesan Amir buat Mamat Sepah

Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat sahabatnya, Mamat Sepah telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir di laman Facebooknya, dia kagum dengan pencapaian Mamat yang sudah kembali menyinar dalam industri hiburan selepas mengharungi pelbagai dugaan.

Pesan Amir buat Mamat Sepah

“Selamat ulang tahun kelahiran Mamat Sepah, gembira aku dengan kehidupan kamu sekarang, alhamdulilah.
“Banyak yang kau simpan, banyak yang kau pendam, tapi kau biarkan demi kebahagiaan, kesenangan orang Mat. Jiwa kau besar Mat!
“Itu dulu, kau pernah disisih dan kau tak pernah menyisih. Jiwa kau besar Mat!
“Itu dulu, walaupun di mulut kau tak cakap tak apa, tapi di hati kau ‘dah kenapa’? Ini dah berlalu,” ujarnya.

Pesan Amir buat Mamat Sepah

Pesan Amir buat Mamat Sepah

Artikel lain: Bisnes makin berkembang, Amir Raja Lawak buka restoran AP Fried Chicken

Bukan itu sahaja, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi turut memberi nasihat kepada Mamat untuk menghindarkan daripada membuat perkara yang tidak disukai masyarakat.

Dalam pada itu, dia juga mendoakan agar Mamat sentiasa sihat selalu dan dikurniakan rezeki serta terus berjaya dalam kehidupan.

“Jaga diri Mat, jaga kesihatan juga. Sentiasa ingat Allah kerana apa yang kita ada semuanya Allah punya.
“Kerja baik-baik Mat, jangan buat perkara yang masyarakat kita tak suka. Sentiasalah buat orang lain gembira, jangan buat orang lain terasa.
“Didoakan Mamat sihat selalu, di bawah rahmat Allah sentiasa, dilimpahkan rezeki kebahagiaan, kesenangan dan terus suksess..aamiin,” katanya.

Sumber: Facebook @Amir Raja Lawak

Scroll to Top