Kereta Nyaris Terjunam Dari Parkir Hospital Serdang, Pemandu Rupanya Pesakit Jantung | Oh! Media

Kereta Nyaris Terjunam Dari Parkir Hospital Serdang, Pemandu Rupanya Pesakit Jantung | Oh! Media

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman gambar menunjukkan sebuah kereta jenis Honda WRV hampir terjunam dari tingkat dua tempat letak kereta bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS).

Difahamkan, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan merempuh pagar besi serta sebahagian dinding konkrit kawasan parkir.

Pemandu merupakan pesakit jantung

Terkini, Kosmo! melaporkan pemandu merupakan pesakit jantung tiba-tiba mengalami sakit dada dan hilang kawalan ke atas kenderaannya.

Impak rempuhan menyebabkan tembok dinding parkir runtuh dan sebahagian bahagian badan serta tayar hadapan kenderaan jenis Honda WR-V itu sudah terkeluar dari bangunan terbabit.

Kes sedang disiasat

hospital serdang

Pengarah HSIS, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid, dalam satu kenyataan memaklumkan berkata serpihan tembok yang runtuh itu menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian.

Namun begitu, pemandu Honda WRV bersama tiga penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan. Kes ini kini dalam siasatan lanjut oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu berusia 39 tahun memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian dirinya sendiri kerana tertekan padel minyak secara tidak sengaja.


Scroll to Top