“Keras Betul Body S70” – Kereta Langgar Papan Tanda Sampai Tumbang, Pemandu Hanya Luka Kecil | Oh! Media

“Keras Betul Body S70” – Kereta Langgar Papan Tanda Sampai Tumbang, Pemandu Hanya Luka Kecil | Oh! Media

Tular di media sosial perkongsian video mengenai satu kemalangan melibatkan kereta Proton S70 merempuh tiang papan tanda di lebuh raya.

Dalam video yang dimuat naik pengguna TikTok, @mazzproton, papan tanda dilihat tumbang manakala kereta terbalik dipercayai akibat dipandu secara laju.

Tengok sampai habis keadaan kereta

Apa yang menarik perhatian netizen adalah ‘kekebalan’ kereta tersebut dan keupayaannya melindungi pemandu yang hanya cedera ringan.

Ada yang tak tahu, Proton S70 kuat sampai tiang besar setinggi pun dia boleh jatuh kan.

Dapat dilihat bahagian depan dan belakang kereta mengalami kerosakan teruk. Namun, bahagian kabin tengah kekal utuh.

Dalam salah satu komen di video tersebut, seorang pengguna TikTok mendedahkan bahawa mangsa adalah adiknya.

Netizen puji keselamatan kereta keluaran Proton

proton

Kereta adik saya. Owner tak ada masalah apa. Luka sikit-sikit je. Alhamdulillah. Tapi memang terbukti safety Proton terbaik juga.

Menurut pemilik akaun, ini merupakan kali kedua pemandu terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kerosakan total.

Proton S70 tersebut baru sahaja dibeli dan digunakan beberapa bulan selepas kemalangan sebelumnya yang melibatkan Perodua Myvi.

#ApaKataOhmedia

Pergh terbukti kereta buatan Malaysia juga terbaik dengan ciri keselamatan yang padu. Namun, pemandu dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati di jalan raya.


Scroll to Top