Kerana terlupa tukar ke gear 'P'

Kerana terlupa tukar ke gear 'P'

am@hmetro.com.my

Tawau: Akibat terlupa menukar transmisi kepada mod parkir (P), sebuah kereta merempuh cermin kaca premis dekat Lorong Bintang, Batu 3 Jalan Apas di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Proton Saga dipandu seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama seorang penumpang dikatakan berhenti di kawasan petak parkir di hadapan premis berkenaan tanpa mematikan enjin.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati sebelum turun dari kereta, wanita itu terlupa menukar transmisi kepada mod P.

“Kereta itu kemudiannya bergerak ke depan dan merempuh cermin premis terbabit hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan terbabit dan premis tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu tanpa kecermatan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top