![Kerajaan negeri, konglomerat mampu bantu ringankan beban kelab Liga-M Kerajaan negeri, konglomerat mampu bantu ringankan beban kelab Liga-M](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/11/01/2407599.jpg)
Kim Swee – Foto Sabah Football Club
PENGLIBATAN kerajaan negeri dan syarikat konglomerat dalam arena bola sepak tempatan mampu membantu meringankan kemelut kewangan yang mula menghantui beberapa kelab Liga Malaysia (Liga-M).
Itu pandangan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ketika ditanya mengenai senario ‘kurang sihat’ yang mula melanda sukan nombor satu negara sejak kebelakangan ini.
“Di mana sekalipun saya percaya sudah tentu (kelab) mempunyai beberapa kekangan dan kalau kita lihat senario bola sepak kita sudah tentu kita ingin kerajaan negeri terutamanya membantu dari segi kewangan.
“Ia bukan saja kepada pasukan (utama) tetapi juga kepada pasukan bawahan yang melibatkan projek-projek pembangunan amat penting.