Kerajaan Kelantan ucap takziah atas pemergian Tun Abdullah

Kerajaan Kelantan ucap takziah atas pemergian Tun Abdullah

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Allahyarham yang juga mesra dengan panggilan Pak Lah pernah memimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima mempunyai jasa yang besar yang dicurahkan kepada negara sepanjang tempoh pentadbirannya.

“Bagi pihak kerajaan Kelantan, saya merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Almarhum atas pemergian insan yang tersayang.

“Marilah kita doakan agar Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya, malam tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top