Kerajaan baharu Lubnan ditubuhkan

Kerajaan baharu Lubnan ditubuhkan
Kerajaan baharu Lubnan ditubuhkan

Kerajaan baharu di Lubnan di bawah kepimpinan Salam (kiri) akan berorientasikan pembaharuan. – Foto Agensi

BEIRUT – Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengumumkan penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Nawaf Salam, selepas lebih dua tahun negara itu ditadbir Kabinet interim di tengah-tengah krisis kewangan yang berterusan.

Pejabat Presiden pada Sabtu mengesahkan ia telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri sementara, Najib Mikati dan menandatangani dekri tentang pembentukan Kabinet baharu dibarisi 24 menteri.

Salam memberitahu kerajaan baharu itu akan berorientasikan pembaharuan yang merupakan satu-satunya jalan untuk menyelamatkan Beirut.

“Kerajaan akan melaksanakan Perjanjian Taif 1989 yang menamatkan perang saudara di negara ini, menggubal reformasi kewangan dan ekonomi serta memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Selain itu, kerajaan juga akan memastikan keselamatan dan kestabilan dengan pelaksanaan Resolusi 1701 serta mengawasi pengunduran Israel selari dengan usaha pembinaan semula negara ini.

Ia bukan sekadar janji, namun satu komitmen,” ujarnya. Difahamkan, kerajaan baharu itu akan bersidang pada sesi pertama dijadualkan pada Selasa ini. – Agensi

Scroll to Top