Kerabat didakwa belasah bekas polis, Tengku Hassanal arah polis segera siasat

Kerabat didakwa belasah bekas polis, Tengku Hassanal arah polis segera siasat

KUANTAN: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis segera menyiasat dengan telus dan adil, berhubung dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sini, Jun lalu.

Tengku Mahkota bertitah, baginda memandang serius mengenai kejadian yang tular di media sosial mengaitkan seorang kerabat Pahang didakwa menyerang Alias Awang, menggunakan senjata tajam serta pistol.

“Saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan semalam.

Baginda turut berkongsi rakaman skrin laporan sebuah portal berkaitan perkara it.

Terdahulu, Alias, 44, mendakwa dia diserang di sebuah kandang kuda di Kuantan oleh kira-kira 20 orang termasuk seorang “anak Tengku” pada 6 Jun lalu, susulan pertikaian berkaitan isu tanah.

Bekas anggota polis itu dalam serangan tersebut lelaki bersama kumpulan kerabat itu menikam kakinya dengan pisau manakala kerabat itu pula melepaskan tembakan tetapi tersasar. – UTUSAN