Keputusan Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Esok

Keputusan Mahkamah Rayuan Syed Saddiq Esok

Esok, Rabu (19 Mac 2025) bakal menjadi detik penentu buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan sama ada beliau dibebaskan atau hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta terhadapnya dikekalkan.

Prosiding yang dijalankan di hadapan panel tiga hakim ini bakal mendengar hujahan kedua-dua pihak, dengan pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, manakala pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Syed Saddiq terima hukuman berat atas empat pertuduhan…

syed saddiq

Pada 9 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid dalam penghakiman setebal 22 muka surat menyifatkan pembelaan Syed Saddiq sebagai ‘tidak masuk akal’, sekali gus menjatuhkan hukuman penjara, sebatan, dan denda yang tinggi.

BACA: Syed Saddiq Terpaksa Jadi Model Demi Cari Dana Untuk Rakyat Muar

Bagaimanapun, beliau dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dengan kes yang semakin hangat diperkatakan, ramai yang menantikan keputusan Mahkamah Rayuan ini. Adakah Syed Saddiq akan dibebaskan atau terus berdepan hukuman berat?

#ApaKataOhmedia

Kes ini pastinya menjadi perhatian ramai kerana melibatkan seorang figura politik muda yang dilihat sebagai harapan baharu. Apa pun keputusannya, semoga kebenaran tetap tertegak dan keadilan terjamin. Hidup BASS!


Scroll to Top