Kenapa perlu Tuchel, banyak lagi jurulatih yang baik – Martin

Kenapa perlu Tuchel, banyak lagi jurulatih yang baik – Martin

London: Pengendali Southampton, Russell Martin berkata “banyak lagi jurulatih Inggeris yang berkemampuan” melatih England selepas Thomas Tuchel dinamakan sebagai pengurus baharu pasukan kebangsaan.

Pengendali dari Jerman itu adalah bekas pengurus Chelsea dan Bayern Munich, diperkenalkan semalam dan akan memulakan tugas barunya pada 1 Januari.

Beliau yang berusia 51 tahun menggantikan Gareth Southgate sebagai jurulatih tetap dan menjadi pengurus ketiga yang bukan berasal dari England selepas Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello.

Ketua eksekutif Persatuan Bolasepak, Mark Bullingham, berkata jurulatih Inggeris sudah ditemuduga, tetapi mereka “tidak memenuhi kriteria untuk tugas itu” bagi jawatan pasukan kebangsaan.

Bekas kapten Manchester United dan pemain pertahanan England, Gary Neville mengakui bahawa Tuchel adalah “pengurus terbaik yang ada di dunia.”

Tetapi dia menambah: “Kita merosakkan diri sendiri dengan menerima bahawa Tuchel lebih baik daripada mana-mana jurulatih Inggeris yang lain. Kita sedang berada dalam keadaan yang sukar dalam urusan pemilihan jurulatih Inggeris.”

Rakan sepasukan Neville di United dan England, Wayne Rooney, yang kini mengurus Plymouth di liga kedua, terkejut dengan pelantikan Tuchel.

“Dia seorang jurulatih yang sangat baik, tetapi saya terkejut FA mengambilnya.

“Apa yang FA bina adalah platform yang hebat untuk jurulatih muda yang sedang berkembang, jadi saya terkejut mereka tidak memilih salah seorang dikalangan mereka sendiri.”

“Tetapi, seperti yang saya katakan, mereka sudah membuat keputusan dan saya mendoakan yang terbaik untuknya dan saya harap dia melakukannya dengan baik untuk kami,” kata Rooney, yang membuat 120 penampilan dan menjaringkan 53 gol untuk England.

Pengurus Southampton, Martin, yang pasukannya dinaikkan ke Liga Perdana pada Mei, menyifatkan Tuchel sebagai pengurus “cemerlang” tetapi berkata terdapat perlu memberikan peluang untuk jurulatih tempatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top