Membuktikan keunggulan dan kualitinya, HONOR X9c sah menjadi Top 1 smartphone kelas pertengahan terlaris. Ini diakui Third Party Report untuk penjualan ketika pelancaran model ini pada November hingga Disember 2024.
Kenapa model HONOR X9c ini mencatatkan jumlan jualan yang signifikan? Ini turut diakui pakar industri seperti Fazli Halim yang menggelar HONOR X9c ini sebagai telefon tahan lasak 2024.
Model paling tahan lasak 2024 kerana HONOR X9c ini memiliki ciri seperti berikut:
•Ultra-tough Triple Defense
-2 Meters Drop Resistance atas permukaan kompleks
-Double Ultra-tempered Glass yang melindungi dari kesan calar.
-Struktur kalis air 3 lapisan dengan IP65M Rating yang memberi perlindungan 360° terhadap pendedahan air.
•Model ini juga diiktiraf 5-Star Comprehensive Reliability Certification dari SGS Switzerland.
•Diuji dan terbukti untuk ujian ketahanan sehingga 7000PSI Industrial High-Pressure Water Jet, 2 Meter Drop Test, Drill.
Smartphone Mid-range terbaik 2024
Laman Wiser.MY turut mengakui model ini sebagai model mid-range terbaik untuk tahun 2024.
Selain Ultra-tough Triple Defense, HONOR X9c juga terbina dengan bateri berkapasiti 6600mAh Silicon Battery terbesar dalam industri dengan 66W HONOR SuperCharge.
Ciri AI untuk smartphone serendah RM1500. AI Eraser memadamkan elemen tidak diingini pada latar belakang. Manakala Magic Portal membolehkan pengguna mencari, berkongsi dan pos foto atau teks dengan mudah.
Magic Capsule membolehkan interaksi multimodal bersama notifikasi.
Smartphone ini mempunyai Paparan Lengkung OLED 6.78 inci bersama ciri Eye-Comfort bagi memastikan keselesaan mata.
Menawarkan resolusi 1.5K dan menyokong 1.07 bilion warna bagi menampilkan ilusi visual lebih hidup.
Paparannya menampilkan kadar segar semula 120Hz dan 3840Hz Risk-Free PWM Dimming yang meminimumkan kerlipan bagi memastikan mata pengguna lebih selesa untuk penggunaan lama.
Raih markah tertinggi DXOMARK’s 2025 Global Battery Ranking
Bateri HONOR X9c ini merangkul tempat pertama dengan markah 164 untuk DXOMARK’s 2025 Global Battery Rankings.
Model ini dipuji kerana prestasi bateri yang cemerlang, pengecasan efisien dan pengurusan tenaga optimum.
-Diuji sehingga 3 hari 17 jam untuk jangka hayat bateri, dicas sehingga 80% dalam 42 minit.
-Menyerlah menjadi peranti paling tahan lasak dalam DXOMARK Database.
-Autonomi 89 jam tanpa pengecasan semula.
-Menunjukkan prestasi mengagumkan untuk video streaming dan gaming.
-HONOR X9c mencatat tanda aras baru dari aspek prestasi bateri, menjadikannya yang teratas bukan sahaja secara global, malahan menunjukkan peningkatan berbanding HONOR X9b.
Di pasaran pada harga mampu milik
Model ini dijual pada harga mampu milik untuk 2 storan berbeza:
24GB (12GB+12GB) + 256GB: RM1,499
24GB (12GB+12GB) + 512GB: RM1,699
Harga ini turut disertakan dengan 365 hari Back Crack Protection PERCUMA, Battery Assurance 36 bulan dan HONOR Earbuds X7e, dengan kesemuanya bernilai RM697.
HONOR X9c Smart
Kalau korang cari telefon pintar bajet tapi nak kekalkan ketahanan sama seperti HONOR X9c, Lite Edition ini memang sesuai — HONOR X9c Smart yang hanya harga pada RM1,099
Dengan Teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0, peranti ini tahan jatuh sehingga 2 meter! Ketahanan hentakan meningkat 90% dan keanjalan lebih baik sebanyak 67%, melindungi komponen penting dengan lebih efektif.
Dilengkapi kaca berganda tahan lasak dan perisai tahan calar yang luar biasa. Semua ciri ini kini hadir dalam HONOR X9c Smart baharu!
HONOR X9c dan X9c Smart dilengkapi dengan struktur kalis air tiga lapisan yang memberikan perlindungan 360° terhadap pendedahan air.
Walaupun HONOR X9c Smart tidak mempunyai penarafan IP65M rasmi seperti HONOR X9c, ia tetap menawarkan keupayaan kalis air yang sama.
Pertama: Reka bentuk kalis air khas pada cincin luar, melindungi komponen yang terdedah dengan berkesan.
Kedua: Menambah penebatan kalis air untuk bahagian dalaman sensitif peranti, memberikan perlindungan tambahan pada bahagian paling penting.
Ketiga: Penutup pelindung yang kukuh memastikan perlindungan kedap tinggi untuk komponen teras peranti.
HONOR X9c Smart hadir dengan kapasiti bateri terbesar dalam segmennya.
Dilengkapi bateri berkapasiti tinggi 5,800mAh. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge.
Ini menjadikan model HONOR X9c Smart tahan sehingga 31.6 jam penstriman muzik dan 18.5 jam tontonan video dalam talian, memastikan pengalaman hiburan tanpa gangguan.