Bagi mereka yang inginkan satu gaya yang sihat boleh mencuba senaman kaki. Ramai yang lupa kaki kita juga perlukan satu aktiviti senaman yang tersendiri mengikut kesesuaian tubuh.
Terdapat satu kajian yang menerangkan bahawa keberkesanan melakukan senaman kaki dapat membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Juga dapat meningkatkan hormon berbanding senaman yang lain!
Jom kenali senaman kaki yang ideal untuk anda!
Anda perlu tahu setiap set merangkumi 12 hingga 15 ulangan bergantung kepada tahap keupayaan setiap individu. Antara senaman yang efektif adalahĀ squat! Namun, terdapat lebih banyak jenis senaman kaki yang sesuai untuk anda mencuba.
Barbell Squat
- Langkah ke dalamĀ squat rack dan suaikan diri anda.
- Pastikan posisi kaki sama paras dengan bahu.
- LetakkanĀ barbell di atasĀ trapezeus.
- Undur sedikit setelah mengangkatĀ barbell.
- Pastikan kedudukan anda selamat sebelum mula gerakkan bengkokkan lutut.
- Sewaktu turun pastikan dada anda menegak. Tonggeng punggung dan lentikkan pinggang.
- Lutut haruslah tidak melebihi ibu jari kaki.
- Turun sehingga 90 darjah.
- Ulang semula langkah satu hingga akhir.
Peringatan! Anda perlu tahu lakukanĀ squat perlulah dengan teliti kerana ia boleh merosakkan pinggang. Turun secara sepenuhnya bahayakan lutut. Pastikan anda gunakan beban yang ringan terlebih dahulu sebelum mula mencuba yang lain.
Barbell Lunges
- LetakkanĀ barbell di atasĀ trapezeus.
- Pastikan kaki ke hadapan dan menurunkan badan sekurang0kurangnya sebaris dengan lantai. Pastikan peha pula lurus dengan badan.
- Ulang kaki yang berlainan dan pastikan fokus pada satu kaki sebelum tukar.
Peringatan!Ā Jangan buka kaki terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan tarikkan pada bahagianĀ groin danĀ quadricep kaki belakang.
Frog Squat
- Pastikan posisi anda seakan posisi katak.
- Tangan perlulah sentiasa melekat pada lantai.
- Bangunkan badan sehingga kaki lurus dan turun kembali.
Peringatan!Ā Frog sqyatĀ sesuai untuk membentuk potongan badan yang cantik. Ia tidak memerlukan penambahan bebanan dan cuma perlu perulangan set sahaja.
Sebelum anda mulakan setiap langkah, pastikan anda telah memilih pemakaian sukan yang sesuai. Pastikan juga anda sudah bersedia panaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.