Kempen #AnakAnakMalaysia 2024 kembali, sertai gerakan hijau EcoWorld

Kempen #AnakAnakMalaysia 2024 kembali, sertai gerakan hijau EcoWorld

KEMPEN #AnakAnakMalaysia 2024 (AAM) kembali lagi dengan tema “We Care”. Kempen ini bertujuan mempromosikan perpaduan nasional dan semangat komuniti bagi membolehkan kita mencipta impak yang positif. 

Inisiatif ini merangkumi pelbagai aktiviti, acara dan penglibatan yang direka khas untuk menyatukan rakyat Malaysia, meraikan kepelbagaian serta memupuk semangat kekitaan dan penghormatan bersama dalam kalangan warganegara Malaysia.

Tema ini menekankan kepentingan untuk meletakkan komuniti sebagai keutamaan dan salingmenjaga antara satu sama lain. 

Oleh itu, EcoWorld menganjurkan program duduk Fun Run & Bazar bagi menyatukan masyarakat dan memupuk perpaduan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama. 

Penyertaan aktiviti luar, mempromosikan gaya hidup sihat dan gabungan inisiatif hijau pasti dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Usaha kecil sebegini pastinya menjadikan dunia kita lebih sihat, berkualiti dan mampan untuk generasi akan datang.

Terokai duduk Fun Run & Bazar yang menakjubkan

duduk Fun Run & Bazar menawarkan pelbagai aktiviti menarik bermula 14 September 2024 (Sabtu) dari 4 petang hingga 10 malam di Eco Majestic City, Semenyih. 

Siap sedia untuk larian sejauh 5km bebas karbon, bersenam dan membakar kalori pada sesi duduk Fun Aerobic Zumba.

Bagi membantu memacu ekonomi negara, duduk Fun Run & Bazaar memberikan peluang kepada lebih 40 pengusaha tempatan untuk mempamerkan pelbagai produk mereka. 

Usaha ini sekali gus akan menggalakkan komuniti untuk menyokong perniagaan vendor tempatan dan memupuk semangat kekitaan menerusi sokongan yang diberikan.

Vendor juga digalakkan menggunakan peralatan dan pembungkusan yang mesra alam, mempromosikan bahan-bahan yang melindungi alam sekitar serta menggunakan transaksi tanpa tunai bagi pengalaman pembayaran yang lebih cepat dan mesra pengguna. 

Pada hari tersebut, pengunjung juga berpeluang melihat inovasi mesra alam yang menakjubkan daripada Rakan Hijau EcoWorld. 

Acara ini bertujuan untuk mempromosikan masa depan yang lebih hijau dan mendidik pengunjung tentang amalan gaya hidup lestari untuk manfaat jangka panjang.

Bagi memeriahkan lagi acara tahunan ini, EcoWorld turut menganjurkan persembahan muzik secara langsung. 

Hiburan ini pasti dapat menarik ramai pengunjung di samping menyokong penglibatan seni artis-artis tempatan. 

Tidak terhenti di situ, pengunjung juga boleh menikmati hiasan lampu cekap tenaga LED yang ada di sekitar kawasan tersebut.

Para pengunjung digalakkan untuk berkongsi kenderaan dan membawa botol air yang boleh digunakan semula ke program ini.

Pilihan pengangkutan yang lestari juga turut disediakan dengan hanya perlu tebus kod promo Grab Car DUDUK2255 bernilai RM10 untuk perjalanan pergi dan balik dari perbandaran Eco Majestic.

Inisiatif ini dilakukan untuk membantu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya dan mengurangkan kesesakan trafik. 

Di samping itu, terdapat stesen air yang turut disediakan di kawasan bazar untuk memastikan semua pengunjung kekal terhidrat dan mengurangkan pembaziran plastik.

EcoWorld juga menjemput para pelajar daripada Program Bantuan Pelajar Yayasan Eco World, Eco World Foundation Students Aid Programme untuk menyertai acara ini sambil mendidik dan melibatkan generasi muda dalam usaha gerakan hijau. 

Acara ini diharap dapat memupuk kesedaran dan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar pada usia yang lebih muda bagi memastikan masa depan yang lebih cerah. Jangan lepaskan peluang untuk sesi cabutan bertuah dan menangi hadiah menarik.

Kempen #AnakAnakMalaysia 2024 kembali, sertai gerakan hijau EcoWorld

Acara menarik di Perbandaran EcoWorld

Kempen #AAM2024 akan diadakan bermula Ogos hingga September di semua perbandaran EcoWorld di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang.

Bersama untuk komuniti dan alam sekitar kita

Sertai EcoWorld menerusi #AAM2024 dan menjadi sebahagian daripada acara yang menggabungkan keseronokan, kecergasan dan inisiatif hijau yang bermakna, sama ada berlari, membeli-belah, menari atau sekadar menikmati muzik sambil mempromosikan masa depan yang lestari.

Setiap usaha begitu bermakna, bersama-sama kita boleh mencipta dunia yang lebih sihat dan lestari untuk generasi yang akan datang.

Jadilah sebahagian daripada perjalanan yang menarik dan penuh makna ke arah negara yang lebih hijau.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top