Kemenangan ke atas City, lengkapkan musim menakjubkan Forest

Kemenangan ke atas City, lengkapkan musim menakjubkan Forest

London: Kemenangan 1-0 Nottingham Forest ke atas Manchester City akan menjadi salah satu kemenangan yang paling diingati buat penyokong mereka dalam musim yang hebat ini

Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol penting untuk pasukan Nuno Espirito Santo, menewaskan penjaga gol Ederson tujuh minit sebelum tamat dalam perlawanan yang hambar itu.

Kemenangan itu membolehkan Forest mendahului City dengan empat mata dan tujuh mata di hadapan Newcastle United yang berada di tempat keenam, dengan tempat kelima dijangka cukup untuk membawa mereka ke dalam pertandingan kelab elit Eropah untuk pertama kalinya sejak musim 1980-81.

Ia adalah transformasi yang luar biasa untuk pasukan Nuno, yang hanya menamatkan musim lalu dengan kelebihan enam mata dari zon penyingkiran dan 59 mata di belakang juara City.

“Mereka berada di ambang sesuatu yang istimewa. Ia adalah musim yang hebat.

“Penyokong akan bermimpi. Mereka mempunyai peluang yang sangat baik untuk berada di Eropah musim depan,” kata bekas pemain dan pengurus Forest, Frank Clark yang memenangi Piala Eropah di bawah pengurus legenda Brian Clough pada 1979.

Di bilik persalinan pula suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan Hudson-Odoi yang pengurusnya dilihat menari bersama pemainnya di dalam City Ground selepas wisel penamat.

“Keputusan seperti ini sangat menakjubkan untuk kami.”

“Kami tahu kami semakin hampir (ke Liga Juara-Juara) dan kami sangat teruja mengenainya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top