“Kembar ke? Suara pun sama!”-Netizen teruja tengok wanita iras Fazura di TikTok

“Kembar ke? Suara pun sama!”-Netizen teruja tengok wanita iras Fazura di TikTok

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita memiliki wajah seiras pelakon dan usahawan tersohor, Nur Fazura di platform Tiktok sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Individu yang dikenali sebagai Ellya Farahanny itu sebelumnya memuat naik hantaran video bagi menjawab soalan pengguna lain yang bertanya adakah dia Fazura.

Bagaimanapun, wanita tersebut menafikan dirinya adalah Fazura seperti dakwaan ramai.

“Bukan awak, bukan. Macam tu lah,” katanya.
@ellezacksteak

Replying to @JANAHH

♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak

Menerusi satu hantaran lain, Elly menjawab pertanyaan netizen yang memberitahu suaranya turut sama dengan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Sedar ramai berkata sedemikian, wanita tersebut menceritakan pengalamannya disamakan dengan pelakon terkenal sewaktu berkerja di sebuah restoran makanan segera semasa bergelar seorang pelajar.

Elly berkata, pengurus di sana turut menyatakan perkara yang sama di mana wajahnya salin tak tumpah seperti pelakon berkenaan.

“Dulu masa saya belajar di tahun ketiga, pada waktu cuti semester saya bekerja di KFC. Pengurus di situ cakap kenapa muka saya macam Fazura?”ceritanya.
@ellezacksteak

Replying to @sotset

♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak

Malah, rakan sekerja turut merasakan Elly seiras dengan Fazura berdasarkan rupa paras serta suara yang dimilikinya.

“Dia pun bertanya pekerja lain di situ dan semua cakap perkara sama.”ujarnya.

Apa yang melucukan Elly apabila terdapat seorang pekerja di situ sebulat suara menafikan dakwaan mereka bahawa rupanya saling tak tumpah seperti pelakon drama Kisah Cinta.

“Tapi ada seorang pekerja yang ‘mati mati’ cakap bukan Fazura. Dia siap tanya ‘tang’ mana (di mana) yang sama. Siap tengok muka saya depan depan lagi. Saya okay saja,” katanya lagi.

Video itu turut mendapat perhatian pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang menyapa Elle sebagai ‘kembarnya’.

“Oh.. Hi twin”tulis Fazura di ruangan komen.

Sehingga kini, video tersebut meraih 1.1 juta tontontan, 99.3 ribu sukaan dan 6 ribu lebih komen.

Sumber: TikTok @ellezacksteak

Scroll to Top