“Kembali kepada agama, itu sahaja..”- Farid Kamil kongsi rahsia pulihkan konflik rumah tangga

“Kembali kepada agama, itu sahaja..”- Farid Kamil kongsi rahsia pulihkan konflik rumah tangga

Pelakon Farid Kamil kongsi rahsia dalam memulihkan rumah tangganya yang sebelum ini pernah dilanda konflik dengan isterinya, Diana Danielle.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari di IG-story, dia berkata jalan penyelesaian untuk memperbaiki mahligai ketika dilanda masalah adalah kembali kepada ajaran agama.

Farid Kamil kongsi rahsia

Farid Kamil kongsi rahsia

Artikel lain: Suami perlu contohi usaha Farid Kamil dalam pertahankan rumah tangga – Netizen

“Kembali kepada agama, itu sahaja. Saya mungkin cerminan cuma, tidak lebih tidak kurang. Allah Maha Berkuasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, dalam perkongsian lain pula aktres Diana Danielle menjelaskan seorang wanita hanya mahu melihat usaha suami dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan.

Tegasnya lagi, langkah awal perlu diambil sejurus sahaja sesuatu konflik timbul sebelum masalah yang berlaku menjadi lebih parah.

“Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan pintu mahkamah. Tolong jangan buatkan ia sebagai habit, terhantuk baru nak usaha.
“Nak pelihara dari awal, buka bila dah tak boleh diselamatkan, lepas itu salahkan wanita yang dah tak mampu untuk memaafkan. Tolongan jangan expect semua orang untuk mengikut cara orang lain,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengakui dia dan Farid masih dalam proses mencari keserasian dan berpandangan bukan semua pasangan ditakdirkan untuk rujuk semula.

Farid Kamil kongsi rahsia

“Kami pun masih dalam fasa mencari keserasian dalam ‘alam baru’ ni, sangat-sangat mencabar. Rujuk bukan untuk semua orang,” tambahnya lagi.

Sekadar info, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun, memilih untuk rujuk semula pada 31 Ogos pada tahun yang sama.

Hasil perkahwinan yang dibina pada 2 November 2012, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber: Instagram @Farid Kamilz, Diana Danielle

Scroll to Top