Kembali Ke Indonesia, Ameera Khan Manis Berkebaya Kongsi Momen Bersama Jefri Nichol

Kembali Ke Indonesia, Ameera Khan Manis Berkebaya Kongsi Momen Bersama Jefri Nichol

Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menuai tumpuan selepas berkongsi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ameera kelihatan kembali semula ke Indonesia bertemu kekasih hatinya yang juga aktor popular, Jefri Nichol.

Walaupun tidak menulis sebarang kapsyen pada hantaran foto yang dikongsikan, Ameera bagaimanapun kelihatan gembira disamping Jefri apatah lagi dia tampil berbusana kebaya.

Bagaimanapun, video mesra dirangkul aktor itu dengan berlatar belakangkan Prambanan Temple yang terletak di Jogjakarta itu menjadikan pertemuan mereka kali ini tampak lebih romantik.

Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan peminat di platform TikTok, Ameera mendedahkan bahawa dia akan terbang ke Indonesia bertemu kekasihnya itu sebelum berangkat ke Paris.

Scroll to Top